Assalamualaikum.
Kali ni aku nak update pasal family aku yang kedua. Serius aku cakap,aku sangat seronok bila dah mula kenal dengan diorang ni. Bagi aku,bila aku dah ada diorang ni,aku rasa life aku kat Melaka ni complete.
Yes,I'm talking about my Inspirasi family.
Aku start join kelab Inspirasi time aku part 1. Dan di sini,aku nak buat pengakuan dan aku harap family Inspirasi tak marah dengan pengakuan aku ni. Aku join kelab ni pasal Eiqa dengan Ruby masuk dan bukan atas kehendak aku sendiri. Dan bila aku datang meeting,aku datang for the sake of my friends yang nak pegi meeting. Time meeting,aku rasa macam boring gila. Macam aku tak enjoy seperti mana yang aku harapkan. Nak dijadikan cerita,aku dipilih sebagai penolong ketua biro fotografi. Aku tak expect aku akan dapat jawatan tu. Serius. Nak tak nak,aku terima je.
Masa cuti semester,Inspirasi buat trip pegi Singapore. Aku terpilih untuk pegi ke sana. Sehari sebelum pegi Singapore tu,aku terpaksa cancel pasal hal-hal tertentu. Aku tak sihat sangat time tu dan mak pun tak bagi aku pegi. Bila diorang dah balik,bersuka ria je si Wan tu cerita kat aku pasal Singapore. Aku gelak je la. Tapi dalam hati aku rasa something. Tapi aku tak tau camne nak describe rasa tu.
Dah naik cuti semester tu,mesti la ada meeting kan. So time meeting tu,aku tengok Wan cakap 'hai' kat semua orang dalam Inspirasi. Aku tengok je. Aku nak tegur,tapi aku tak tau nama. Sedih kan? Dah satu semester aku join Inspirasi tapi aku tak tau nama diorang. Aku tak kenal ramai orang kat dalam Inspirasi. Aku nak jugak tegur diorang macam Wan. Hmmm.
Pernah sampai satu tahap,aku nak lepaskan jawatan aku. Pasal aku rasa aku tak mampu untuk pegang jawatan tu. Tapi thanks to Wan,aku tak jadi buat kerja gila tu.
Lepas dua event Inspirasi berlalu iaitu event Malam Dccmu Inspirasi dengan Night of Barakah,aku dapat rasakan yang aku dah boleh lepak sekali dengan family Inspirasi. Aku dah mula ingat nama diorang. Aku dah boleh gelak sama-sama dengan diorang. Aku pun dah mula borak dengan semua orang dalam Inspirasi. Dan aku rasa seronok bila dapat buat semua benda tu.
Klimaksnya di event team building Dusun Eco Resort. Aku mula-mula tak dapat pegi pasal tempat dah penuh. Tapi nak dijadikan cerita,masa meeting tu,ustaz kata ada lagi tempat kosong. Maka,aku dapat pegi team building tu! Thanks ustaz! Walaupun team building ni time cuti mid sem,aku dah tak kisah dah! Janji dapat pegi! Apa ada hal? Raya Cina cuti lagi. Hakhak! Masa pegi team building tu,serius awesome! Aku rasa macam tak nak balik je. Heh cerita pasal team building tu,aku cerita di post yang lain okay? Hehehe.
So rumusan daripada post ni,aku nak cakap;
1.Aku sayang sangat dengan family Inspirasi.
2.Aku tak sanggup nak tinggalkan Inspirasi.
3.I LOVE INSPIRASI FAMILY.
WAN.ELYA.INTAN.FAZEERA.ALIYA.DIYANA.EIQA.RUBY.ATIQAH.NADIA.KAK AFDZAN.KAK AINUN.KAK ALIYA.KAK NAB.KAK NUR AKMAL HIDAYAH BINTI AHMAD MOHJAILANI.KAK KAUTSAR.KAK YANI.KAK YUHA.KAK ATIQAH KIRANA.AISHAH.JUNID.MADIHAH. dll
USTAZ FAISAL.WAKJO.NAUFAL.KETAM.ABANG HAZIM.ZA'IN.IDRUS.AKMAL.ABANG MEGAT.REEZ.RAZI.ENCIK LOKMAN.RHEEDWAN.TAPA.IJAT.KUCAI.HAFIZ.NAS.ABANG AMA. dll
SHAF SAYANG KORANG! <3 =)












